Pengkarya Naif
Thursday, 18 April 2013
Saturday, 26 January 2013
HARI YANG CERIA DI SMKTMR2!
Para peserta peserta Pertandingan Menaikkan Wau Bulan dan Layang-Layang SMK Taman Mutiara Rini 2 amat berkobar-kobar hari ini untuk menaikkan 'Train Kite' mereka kerana angin bertiup dengan sangat kuat dan amat sesuai untuk menaikkan layang-layang. Namun harapan mereka terpaksa ditangguhkan berikutan layang-layang ciptaan mereka masih dalam proses pembuatan.
Hari ini, ketiga-tiga peserta, Faez, Farid dan Naaven dari Tingkatan 2 hadir ke sekolah untuk menyiapkan layang-layang ciptaan mereka dari pukul 2.00 petang hingga 6.00 petang. Kesungguhan mereka diharapkan dapat membuahkan hasil yang diimpikan.
Berikut adalah beberapa gambar mereka yang sedang bertungkus-lumus menyiapkan layang-layang mereka dikala angin bertiup agak 'kencang'!
Teruskan berusaha wahai anak muda!
Nukilan :
Pn. Putri

Faez sedang melukis 'outline' pakaian tradisional.
Farid sedang melakar pada kertas wau.
Naaven sedang melakar pada kertas wau.
Teruskan berusaha wahai anak muda!
Nukilan :
Pn. Putri
Thursday, 24 January 2013
Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang Kali Ke-18
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Setelah lama menyepi, hamba kembali mengukir kisah di helaian elektronik ini. Kali ini hamba ingin mengisahkan tentang usaha murni terkini iaitu menobatkan pasukan sekolah baru hamba berkhidmat iaitu SMK Taman Mutiara Rini 2, Johor Bahru sebagai pemenang dalam Pertandingan Menaikkan Wau Bulan dan Layang-Layang Kategori Sekolah Menengah Peringkat Antarabangsa yang bakal berlangsung pada 19 Februari 2013 hingga 24 Februari 2013.
Usaha untuk meningkatkan prestasi pelayang muda adalah satu perkara yang agak getir tetapi atas inisiatif peserta kali ini hamba harap akan mampu menobatkan peserta sulung SMK Taman Mutiara Rini 2, Johor Bahru sebagai salah satu kumpulan terbaik bagi pertandingan kali ini.
Berikut adalah lembaran sejarah yang kami catatkan pada hari ini di mana para peserta telah berjaya menyiapkan sobek (corak asas pada Wau Bulan) dengan penuh tekun dan sabar.

Pelajar sedang bertungkus lumus menyiapkan sobek Wau Bulan bersama-sama.
Menyiapkan ukiran akhir sebelum menarik nafas lega.
Terima kasih kepada pihak pengurusan SMK Taman Mutiara Rini 2, Johor Bahru atas kerjasama yang diberikan kepada peserta. Kepercayaan yang diberikan oleh pihak sekolah akan amat kami hargai dan diharapkan sokongan padu ini akan diteruskan di masa-masa yang akan datang.
Nukilan Rasa :
Pn. Putri
Monday, 2 April 2012
Latihan Ekspresi
Ekspresi adalah satu perkara paling penting dalam lakonan. Ekspresi membantu anda untuk menunjukkan perasaan anda walaupun anda tidak mengeluarkan dialog. Sekiranya anda dapat menguasai ekspresi wajah ini, anda pasti dapat memenangi hati penonton dan dapat menyampaikan maksud lakonan anda dengan lebih berkesan. Selamat mencuba!
Klik di sini untuk menonton video
Cuba yang ini pula sekiranya anda seorang yang hebat!
Klik di sini untuk menonton video
Dapatkah anda melakukannya? Hehehehe....
Klik di sini untuk menonton video
Cuba yang ini pula sekiranya anda seorang yang hebat!
Klik di sini untuk menonton video
Dapatkah anda melakukannya? Hehehehe....
Cara Pembentangan Yang Hebat
Di sini saya lampirkan sebuah video yang menunjukkan cara-cara pembentangan yang hebat. Di harap anda dapat mengaplikasikannya di dalam pembentangan anda. Ia juga dapat digunakan semasa anda berlakon, kerana lakonan merupakan salah satu cara anda bercakap dengan penonton.
Klik di sini untuk menonton video
Jangan jadi macam ini...
Klik di sini untuk menonton video
Klik di sini untuk menonton video
Jangan jadi macam ini...
Klik di sini untuk menonton video
Friday, 10 February 2012
KENANGAN DI FESTIVAL LAYANG-LAYANG SEDUNIA PASIR GUDANG 2011
Bergambar bersama guru pengiring En. Marwan
Memasukkan tali ke pancang bagi penilaian sudut ketinggian Wau Bulan
Pemarkahan oleh juri profesional
Berjuang hingga ke akhir nyawa!
Kejayaan menaikkan Wau Bulan diraikan bersama; bersama Cik Putri
Bergambar kenangan di tapak pertandingan bersama En Marwan dan Cik Suhaila(kini Pn. Suhaila)
KENANGAN DI FESTIVAL LAYANG-LAYANG SEDUNIA PASIR GUDANG 2011
Contoh 'Train Kite'
Bersedia untuk ke tapak pertandingan
Sedang menguji keseimbangan Wau Bulan ciptaan sendiri
Meminta bantuan peserta profesional tempatan untuk mengikat teraju Wau Bulan ciptaan sendiri
Subscribe to:
Posts (Atom)