Thursday, 18 April 2013
Saturday, 26 January 2013
HARI YANG CERIA DI SMKTMR2!
Para peserta peserta Pertandingan Menaikkan Wau Bulan dan Layang-Layang SMK Taman Mutiara Rini 2 amat berkobar-kobar hari ini untuk menaikkan 'Train Kite' mereka kerana angin bertiup dengan sangat kuat dan amat sesuai untuk menaikkan layang-layang. Namun harapan mereka terpaksa ditangguhkan berikutan layang-layang ciptaan mereka masih dalam proses pembuatan.
Hari ini, ketiga-tiga peserta, Faez, Farid dan Naaven dari Tingkatan 2 hadir ke sekolah untuk menyiapkan layang-layang ciptaan mereka dari pukul 2.00 petang hingga 6.00 petang. Kesungguhan mereka diharapkan dapat membuahkan hasil yang diimpikan.
Berikut adalah beberapa gambar mereka yang sedang bertungkus-lumus menyiapkan layang-layang mereka dikala angin bertiup agak 'kencang'!
Teruskan berusaha wahai anak muda!
Nukilan :
Pn. Putri

Faez sedang melukis 'outline' pakaian tradisional.
Farid sedang melakar pada kertas wau.
Naaven sedang melakar pada kertas wau.
Teruskan berusaha wahai anak muda!
Nukilan :
Pn. Putri
Thursday, 24 January 2013
Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang Kali Ke-18
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Setelah lama menyepi, hamba kembali mengukir kisah di helaian elektronik ini. Kali ini hamba ingin mengisahkan tentang usaha murni terkini iaitu menobatkan pasukan sekolah baru hamba berkhidmat iaitu SMK Taman Mutiara Rini 2, Johor Bahru sebagai pemenang dalam Pertandingan Menaikkan Wau Bulan dan Layang-Layang Kategori Sekolah Menengah Peringkat Antarabangsa yang bakal berlangsung pada 19 Februari 2013 hingga 24 Februari 2013.
Usaha untuk meningkatkan prestasi pelayang muda adalah satu perkara yang agak getir tetapi atas inisiatif peserta kali ini hamba harap akan mampu menobatkan peserta sulung SMK Taman Mutiara Rini 2, Johor Bahru sebagai salah satu kumpulan terbaik bagi pertandingan kali ini.
Berikut adalah lembaran sejarah yang kami catatkan pada hari ini di mana para peserta telah berjaya menyiapkan sobek (corak asas pada Wau Bulan) dengan penuh tekun dan sabar.

Pelajar sedang bertungkus lumus menyiapkan sobek Wau Bulan bersama-sama.
Menyiapkan ukiran akhir sebelum menarik nafas lega.
Terima kasih kepada pihak pengurusan SMK Taman Mutiara Rini 2, Johor Bahru atas kerjasama yang diberikan kepada peserta. Kepercayaan yang diberikan oleh pihak sekolah akan amat kami hargai dan diharapkan sokongan padu ini akan diteruskan di masa-masa yang akan datang.
Nukilan Rasa :
Pn. Putri
Subscribe to:
Posts (Atom)