Monday, 2 April 2012

Latihan Ekspresi

Ekspresi adalah satu perkara paling penting dalam lakonan. Ekspresi membantu anda untuk menunjukkan perasaan anda walaupun anda tidak mengeluarkan dialog. Sekiranya anda dapat menguasai ekspresi wajah ini, anda pasti dapat memenangi hati penonton dan dapat menyampaikan maksud lakonan anda dengan lebih berkesan. Selamat mencuba!

Klik di sini untuk menonton video

Cuba yang ini pula sekiranya anda seorang yang hebat!

Klik di sini untuk menonton video

Dapatkah anda melakukannya? Hehehehe....

Cara Pembentangan Yang Hebat

Di sini saya lampirkan sebuah video yang menunjukkan cara-cara pembentangan yang hebat. Di harap anda dapat mengaplikasikannya di dalam pembentangan anda. Ia juga dapat digunakan semasa anda berlakon, kerana lakonan merupakan salah satu cara anda bercakap dengan penonton.

Klik di sini untuk menonton video

Jangan jadi macam ini...

Klik di sini untuk menonton video

Friday, 10 February 2012

KENANGAN DI FESTIVAL LAYANG-LAYANG SEDUNIA PASIR GUDANG 2011

Bergambar bersama guru pengiring En. Marwan

 Memasukkan tali ke pancang bagi penilaian sudut ketinggian Wau Bulan

 Pemarkahan oleh juri profesional

 Berjuang hingga ke akhir nyawa!
 Kejayaan menaikkan Wau Bulan diraikan bersama; bersama Cik Putri
Bergambar kenangan di tapak pertandingan bersama En Marwan dan Cik Suhaila(kini Pn. Suhaila)

KENANGAN DI FESTIVAL LAYANG-LAYANG SEDUNIA PASIR GUDANG 2011

 Contoh 'Train Kite'

 Bersedia untuk ke tapak pertandingan

 Sedang menguji keseimbangan Wau Bulan ciptaan sendiri

Meminta bantuan peserta profesional tempatan untuk mengikat teraju Wau Bulan ciptaan sendiri

Thursday, 9 February 2012

KENANGAN FESTIVAL LAYANG-LAYANG SEDUNIA 2011

Contoh 'Malay Kite' 4' x 4' bertemakan Flora dan Fauna yang masuk bertanding

Contoh Layang- Layang Ciptaan 2D bertemakan Flora dan Fauna


Contoh Layang- Layang Ciptaan 2D bertemakan Flora dan Fauna


Contoh Layang- Layang Ciptaan 2D bertemakan Flora dan Fauna

Contoh Layang- Layang Ciptaan 2D bertemakan Flora dan Fauna


Contoh Wau Bulan 4' x 4'

Antara Wau Bulan dalam penilaian 'Cantik Di Bumi'


Thursday, 2 February 2012

PERJUMPAAN PESERTA PERTANDINGAN LAYANG-LAYANG PASIR GUDANG

Perjumpaan peserta Pertandingan Layang-Layang akan diadakan pada 5/2/2012, Ahad di Hutan Bandar Johor Bahru Tengah (berhampiran Taman Mutiara Rini) pada pukul 10.00 pagi - 6.00 petang. Kehadiran secara profesional adalah wajib. Sila bawa barang berkaitan untuk menyiapkan layang-layang dan wau anda. Sekiranya ada sebarang masalah, sila hubungi Cikgu Putri 019-2231202.
Harap maklum

Monday, 30 January 2012

SENARAI NAMA PESERTA FESTIVAL LAYANG-LAYANG SEDUNIA PASIR GUDANG KALI KE-17, 2012

Berikut adalah peserta-peserta Pertandingan Menaikkan Wau dan Layang-Layang Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan di Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang Kali Ke-17, 2012 :

Kumpulan A
Guru Penasihat : Cik Putri Noorashikin binti Mohd Noordin
Wau Bulan : Mohamad Adib Arsyad bin Zainal (3 Jasmine)
Malay Kite : Muhammad Dzul Faqaar bin Norijam (3Jasmine)
2D Kite : Muhammad Amir Ashraf bin Md Nor Alkhafidz (5 Lily)
Train Kite : Nur Muhammad bin Fackeer Mohammad (3 Hibiscus)

Kumpulan B
Guru Penasihat : Pn. Suhaila binti Ramlee
Wau Bulan : Muhammad Hafiz bin Jamal (5 Hibiscus)
Malay Kite : Noor Arfahaizza binti A'Adnan (4 Hibiscus)
2D Kite : Indok Naedah Farhana binti Hassan (4 Lily)
Train Kite : Muhammad Hazim bin Mohd Yusuf (4 Lily)

Kumpulan C
Guru Penasihat : En. Mohd. Hanafi bin Yahya
Wau Bulan : Mohamad Amirul Asyraaf bin Zailani (5 Magnolia)
Malay Kite : Muhammad Azam bin Kamarudin (5 Ixora)
2D Kite : Ahmad Syamil bin Yahaya (5 Hibiscus)
Train Kite : Mohamad Amiry bin Mohamad Fauzi (5 Jasmine)

Kumpulan D
Guru Penasihat : En. Mohd Fitri Zammi bin Mustafa
Wau Bulan : Wan Mohd Nafiis bin Wan Ismail (5Hibiscus)
Malay Kite : Ahmad Farid bin Marwan (5 Ixora)
2D Kite : Muhammad Solihin bin Azmi (5 Jasmine)
Train Kite : Syed Faiz Hamzi bin Syed Fadzil (5 Jasmine)

Selamat Berjuang Pahlawan Sekolah!

Sunday, 29 January 2012

SELAMAT KEMBALI BERJUANG

Salam 1 Malaysia buat semua. Selamat kembali ke sekolah selepas seminggu bercuti. Diharap semua ahli kelab pada tahun ini akan bergerak maju dan aktif serta lebih cemerlang dari tahun-tahun sebelumnya.

Program terkini Kelab Kebudayaan, Drama dan Teater SMKTU2 pada tahun ini ialah menyertai Pertandingan Menaikkan Wau dan Layang-Layang peringkat Sekolah Menengah di dalam Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang Kali Ke-17, 2012. Semoga penyertaan buat kali kedua tahun ini akan memberikan pengalaman serta dapat menyumbangkan sesuatu yang membanggakan kepada sekolah kita dan amnya meningkatkan prestij Kelab Kebudayaan, Drama dan Teater.

Bersamalah kita mendoakan kejayaan wakil sekolah kita. Bergerak dalam 4 kumpulan tetapi sebagai satu pasukan.

Selamat Maju Jaya.

Nantikan latihan teater berkala anda pada Februari ini. Kehadiran adalah wajib.

Wednesday, 18 January 2012

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA

Kami dari Kelab Kebudayaan, Drama dan Teater ingin mengucapkan....

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA

kepada semua warga SMK Tasek Utara 2, Johor Bahru yang berbangsa Cina. Semoga tahun naga ini akan membawa lebih kejayaan dalam diri anda....

Tuesday, 17 January 2012

SALAM PERJUANGAN 2012

Perjuangan tahun baharu harus diikuti dengan azam yang kukuh untuk memertabatkan seni budaya bangsa dan negara tercinta. Justeru, diharap AJK baru yang dilantik akan meneruskan perjuangan dan kegemilangan tahun-tahun lalu dan diharapkan juga dapat meningkatkan nama Kelab Kebudayaan, Drama dan Teater serta SMK Tasek Utara 2, Johor Bahru ke satu tahap yang dapat dibanggakan satu hari nanti.

Senarai Ahli Jawatankuasa Kelab Kebudayaan, Drama dan Teater, SMK Tasek Utara 2, Johor Bahru 2012

Pengetua : En. Abdullah bin Abd Hamid
Pen. Kanan Ko-kurikulum : Pn. Hjh. Hanani binti Abd Ghani
Setiausaha Ko-kurikulum : Pn. Rasheeda Begum binti Kamal Bachar
                                                   Cik Masidah binti Abu Bakar
Penyelaras Persatuan Bukan Akademik : Pn. Atikah Najwa binti Sirat
Guru Penasihat : Cik Putri Noorashikin binti Mohd Noordin ( Ketua )
                                  Pn. Erniey Hasmieza binti Omar
 
Pengerusi : Muhamad Nur Zharin bin Mizam (3 Hibiscus)
Naib Pengerusi : Muhammad Dzulfaqaar bin Norijam (3 Jasmine)
Setiausaha : Puteri Nanda binti Ghazali (5 Jasmine)
Naib Setiausaha : Mohamad Adib Arsyad bin Zainal (3 Jasmine)
Bendahari : Mohammad Syaqil Aqhtar bin Selamat (2 Hibiscus)
Naib Bendahari : Muhamad Afiq bin Rusli (3 Hibiscus)
AJK : Tingkatan 1 : Mohamat Hilal bin Halidi (1 Lily)
          Tingkatan 2 : Azrul Hikmal bin Sarpan (2 Ixora)
          Tingkatan 4 : Nur Syafikah binti Norjasmani (4 Ixora)
          Tingkatan 5 : Nurfadzlin binti Ahmad (5 Ixora)
          Tingkatan 5 : Nurfarah Hidayah binti Mohd Afandi (5 Jasmine)

Diharapkan semua ahli jawatankuasa yang baharu ini dapat menjalankan amanah yang diserahkan dengan tulus dan ikhlas.

KE ARAH MEMARTABATKAN BUDAYA DAN BAHASA KEBANGSAAN