Sunday, 29 January 2012

SELAMAT KEMBALI BERJUANG

Salam 1 Malaysia buat semua. Selamat kembali ke sekolah selepas seminggu bercuti. Diharap semua ahli kelab pada tahun ini akan bergerak maju dan aktif serta lebih cemerlang dari tahun-tahun sebelumnya.

Program terkini Kelab Kebudayaan, Drama dan Teater SMKTU2 pada tahun ini ialah menyertai Pertandingan Menaikkan Wau dan Layang-Layang peringkat Sekolah Menengah di dalam Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang Kali Ke-17, 2012. Semoga penyertaan buat kali kedua tahun ini akan memberikan pengalaman serta dapat menyumbangkan sesuatu yang membanggakan kepada sekolah kita dan amnya meningkatkan prestij Kelab Kebudayaan, Drama dan Teater.

Bersamalah kita mendoakan kejayaan wakil sekolah kita. Bergerak dalam 4 kumpulan tetapi sebagai satu pasukan.

Selamat Maju Jaya.

Nantikan latihan teater berkala anda pada Februari ini. Kehadiran adalah wajib.

No comments:

Post a Comment